Images
  • sg indo
    Axton Salim, Pengarah Eksekutif Salim Group, Encik Lim Hng Kiang, Encik Enggartiasto Lukita dan Lily Chan, CEO NUS Enterprise. (Gambar: MTI) 

Indonesia, S'pura meterai MoU bagi perkukuh kerjasama perniagaan

SINGAPURA: Indonesia dan Singapura menubuhkan secara rasmi Majlis Perniagaan Indonesia-Singapura untuk memperkukuh kerjasama perniagaan antara kedua-dua negara.

Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura dan Lembaga Penyelarasan Pelaburan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman mengenainya di Jakarta hari ini (28 Jul).

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Lim Hng Kiang yang menyaksikan upacara itu turut melawat BLOCK71, sebuah kemudahan inkubasi di Jakarta Pusat.

Kemudahan itu adalah hasil perkongsian antara NUS Enterprise, cabang keusahawanan Universiti Nasional Singapura, dengan Salim Group, konglomerat terbesar Indonesia.

E-dagang merupakan salah satu sektor yang mahu dimajukan majlis perniagaan baru itu.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, majlis itu akan menyediakan satu rangka kerja menyeluruh untuk mengenal pasti bidang-bidang kerjasama antara masyarakat perniagaan Indonesia dan Singapura.

Ia juga akan meningkatkan interaksi dan memperkukuh rangkaian antara sektor swasta kedua-dua negara.  

- BERITAMediacorp/NU/ru

Top