Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Individu mirip Kim Jong Un, disoal sebelum sidang puncak Trump-Kim

Beliau juga diberitahu agar menjauhkan diri dari tempat-tempat yang berkaitan dengan acara tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Individu mirip Kim Jong Un, disoal sebelum sidang puncak Trump-Kim

Seorang individu yang menggayakan dirinya mirip pemimpin Korea Utara Kim Jong Un(Gambar: AFP/Anthony Wallace)

Diterbitkan : 08 Jun 2018 04:15PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 04:53PM

SINGAPURA: Individu mirip pemimpin Korea Utara Kim Jong Un hari ini (8 Jun) berkongsi bahawa beliau disoal sebaik tiba di Singapura, beberapa hari sebelum sidang bersejarah antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.

Beliau juga diberitahu agar menjauhkan diri dari tempat-tempat yang berkaitan dengan acara tersebut.

Penghibur pengajuk atau impersonator yang berpangkalan di Hong Kong itu dikenali sebagai Howard X . Beliau mendapat perhatian dunia setelah mengajuk sebagai pemimpin Korea Utara beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau pernah membuat penampilan di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang bersama seorang lagi yang menyamar sebagai Donald Trump. Malah, kedua-dua mereka dijangka menyertai satu sidang alternatif, menjelang sidang Trump-Kim yang sebenarnya.

Namun, pengajuk Kim itu berkata bahawa setibanya di Lapangan Terbang Changi, beliau disoal selama dua jam oleh pegawai imigresen.

"Mereka memeriksa beg-beg saya dan memberitahu saya bahawa ia adalah masa yang sensitif untuk berada di Singapura dan saya harus elak dari mengunjungi Sentosa serta Hotel Shangri-La," tulis beliau dalam satu catatan Facebook.

Howard X juga ditanya sama ada beliau menyertai gerakan bantahan Occupy Central di Hong Kong, yang mana beliau katakan ya.

Menurut pengajuk itu, beliau akhirnya dibenarkan memasuki Singapura selepas disoal dan kini "sudah bersedia untuk menghiburkan diri pada detik bersejarah ini".  

Sumber : CNA/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan