Images
  • dining in
    Pelanggan duduk makan di People's Park Centre. (Gambar: Jeremy Long)

Individu belum divaksin tidak boleh duduk makan di pusat penjaja, masuk pusat beli belah

SINGAPURA: Individu-individu yang belum divaksin tidak dibenarkan untuk memasuki pusat-pusat beli belah atau duduk makan di pusat-pusat penjaja dan kedap kopi mulai (13 Okt).

Individu-individu yang sudah lengkap divaksin boleh terus melakukan kegiatan tersebut tetapi hanya dalam kumpulan sehingga dua orang, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.

Mereka yang belum divaksin bagaimanapun masih boleh membeli makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang, tambah MOH.

Pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian Gan Kim Yong berkata langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi yang diperluas itu akan "lebih melindungi mereka yang belum lengkap divaksin".

"Terdapat beberapa premis yang kerap dikunjungi sejumlah besar individu yang dijangkiti, termasuk mereka yang belum divaksin, yang kemudian jatuh sakit teruk. Premis-premis tersebut termasuk cawangan-cawangan (makanan dan minuman), premis runcit dan pusat beli belah," tambah beliau.

Langkah-langkah diperluas itu juga dilaksanakan di tempat-tempat daya tarikan.

Perusahaan-perusahaan yang boleh melaksanakan langkah-langkah diperluas itu lebih awal "sangat digalakkan" melakukan sedemikian, menurut MOH.

- CNA/NK/nk

Top