Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

India, S'pura pertingkat kerjasama ekonomi perjanjian perdagangan

India dan Singapura bersetuju untuk mempertingkatkan akses bagi perniagaan dalam pasaran masing-masing dalam semakan kedua Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (CECA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2018 03:53PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 09:18PM

SINGAPURA: India dan Singapura bersetuju untuk mempertingkatkan akses bagi perniagaan dalam pasaran masing-masing dalam semakan kedua Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (CECA).

Demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (1 Jun).

Semakan itu termasuk peningkatan seperti mengenakan cukai ke atas tambahan 30 barangan serta peraturan lebih baik berkaitan kriteria yang menentukan sumber barangan. Ini bagi memberi kelonggaran untuk eksport Singapura memasuki India supaya layak bagi cukai yang mengikut keutamaan tertentu, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.

Semakan kedua itu dimuktamadkan di hadapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri India Narendra Modi, yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Singapura.

"Perjanjian yang dipertingkat itu membolehkan lebih banyak syarikat Singapura untuk menikmati cukai lebih rendah," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran.

"Ini memudahkan pengeksport tempatan untuk menembusi pasaran India. Saya menggalak syarikat-syarikat kita untuk memanfaatkan sepenuhnya perjanjian yang sudah disemak ini dan teroka peluang-peluang untuk kerjasama di India."

Satu lagi manfaat utama daripada CECA yang disemak itu termasuk persetujuan bersama dalam bidang kejururawatan di mana latihan dan penyediaan khidmat akan dikawal selia.

CECA India-Singapura mula berkuat kuasa sejak 1 Ogos 2005. Ia pertama kali disemak pada 1 Oktober 2007.

Pada 2017, nilai keseluruhan perdagangan dua hala Singapura-India mencecah S$25.2 bilion, satu kenaikan ketara berbanding S$16.6 bilion pada tahun 2005 ketika CECA baru dimeterai. India menjadi rakan perdagangan terbesar Singapura di Asia Tenggara sementara Singapura pula merupakan rakan niaga kedua terbesar India di Asia Tenggara.

Import tertinggi dari India termasuk minyak mentah, barang kemas, dan logam sementara eksport tertinggi ke India termasuk mesin-mesin, minyak mentah, stirena dan emas.

Syarikat Singapura yang ingin memanfaatkan peluang berniaga dan melabur di India boleh menghubungi Enterprise Singapore.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan