Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indeks ketidaksamarataan Oxfam: S'pura capai hasil sebenar

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Desmond Lee berkata Singapura menetapkan sasaran untuk mencapai "hasil sebenar" dalam bidang kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan perumahan daripada memuaskan "penunjuk-penunjuk yang didorong oleh ideologi".

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks ketidaksamarataan Oxfam: S'pura capai hasil sebenar

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 08:51PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 08:54PM

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Desmond Lee berkata Singapura menetapkan sasaran untuk mencapai "hasil sebenar" dalam bidang kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan perumahan daripada memuaskan "penunjuk-penunjuk yang didorong oleh ideologi".

Encik Lee memberikan reaksinya kepada laporan indeks ketidaksamarataan pertubuhan Oxfam International.

Indeks Oxfam itu meletakkan Singapura di tangga 149 daripada 157 negara dalam usaha merapatkan jurang antara golongan kaya dengan miskin.

Perbelanjaan sosial, cukai dan hak pekerja digunakan Oxfam sebagai kayu ukur menilai ketidaksamarataan.

Negara-negara dalam kumpulan terbawah itu termasuk Bangladesh dan Laos.

Di Asia Tenggara, negara-negara yang disenaraikan lebih tinggi daripada Singapura termasuk Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Dalam reaksinya Encik Lee juga mempersoalkan andaian Oxfam yang mengaitkan kadar cukai dan perbelanjaan awam yang tinggi dengan komitmen untuk membasmi ketidaksamarataan.

Menurut beliau apa yang lebih penting adalah melihat hasil-hasil yang dicapai.

Encik Lee berkata hampir separuh daripada rakyat Singapura tidak membayar cukai pendapatan.

Namun rakyat, katanya, mendapat faedah besar daripada prasarana bermutu tinggi dan sokongan sosial daripada pemerintah. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan