Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Imigresen M'sia perkenal sistem 'dropbox' bagi janji temu perbaharui pasport di S'pura

Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Singapura kini melaksanakan sistem ‘dropbox’ yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan rakyat Malaysia mengatur janji temu untuk memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Anggaran Waktu Membaca:
Imigresen M'sia perkenal sistem 'dropbox' bagi janji temu perbaharui pasport di S'pura

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 08:13PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 08:15PM

SINGAPURA: Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Singapura kini melaksanakan sistem ‘dropbox’ yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan rakyat Malaysia mengatur janji temu untuk memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Pejabat JIM, dalam mengemas kini di Facebook Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di sini hari ini (24 Mac), memaklumkan bahawa ia akan hanya menerima janji temu melalui Sistem Temujanji Online (STO) di alamat sesawang http://sto.imi.gov.my/atase/singapura.

Pejabat itu berkata bagi semua pemohon berjaya memperbaharui pasport dalam talian tetapi gagal mendapatkan janji temu (mengambil pasport), mereka boleh membuat serahan resit rasmi ke kotak (dropbox) yang diletakkan di pondok pengawal keselamatan di Kompleks STM.

Menurutnya, pemohon perlu menulis alamat e-mel dan nombor telefon di Singapura.

Sementara itu, bagi mereka yang tidak dapat memperbaharui PMA secara dalam talian, pemohon boleh menyerahkan butiran termasuk nama, nombor kad pengenalan Malaysia, alamat e-mel, nombor telefon di Singapura, sijil kelahiran atau Borang ‘H’ untuk kanak-kanak bawah 12 tahun melalui 'dropbox’ berkenaan.

Pejabat JIM itu memaklumkan untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghantar e-mel ke alamat singapore [at] imi.gov.my,

Pejabat JIM itu memaklumkan sistem ‘dropbox’ itu mula dilaksanakan sejak 17 Mac lalu.

Minggu lepas, beberapa rakyat Malaysia di Singapura menggunakan media sosial untuk mendedahkan isu kesesakan di STM susulan kesukaran memperbaharui PMA di negara itu.

Sebagai respons terhadap masalah tersebut, Ketua Pengarah Imigresen Encik Khairul Dzaimee Daud berkata, kesesakan di STM itu berpunca daripada gangguan sistem serta kerosakan pada satu daripada dua mesin pencetak pasport selain pemohon yang datang secara terus (walk-in) tanpa membuat janji temu.

Selain itu, katanya, masalah penutupan sempadan turut menyukarkan rakyat Malaysia di Singapura memperbaharui pasport mereka di Johor Bahru atau cawangan lain jabatan itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan