Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IMH bakal tubuh unit bantu individu perlu bantuan urus krisis jangka pendek

Sebuah Unit Penginapan Jangka Pendek (SSU) bakal ditubuhkan di Institut Mental Kesihatan (IMH).

Anggaran Waktu Membaca:
IMH bakal tubuh unit bantu individu perlu bantuan urus krisis jangka pendek

Gambar fail Institut Kesihatan Mental (IMH).

Diterbitkan : 30 Jul 2021 07:19PM Dikemas Kini : 30 Jul 2021 07:22PM

SINGAPURA: Sebuah Unit Penginapan Jangka Pendek (SSU) bakal ditubuhkan di Institut Mental Kesihatan (IMH).

Tujuannya untuk membantu para individu yang memerlukan campur tangan krisis jangka pendek bagi mengatasi masalah mereka.

Misalnya, tekanan perasaan yang dihadapi akibat putus hubungan.

Unit itu akan diterajui sebuah pasukan jururawat yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai disiplin.

SSU akan menyediakan khidmat pemantauan dan pengurusan sehingga 72 jam.

Unit tersebut dijangka mula beroperasi pada lewat tahun ini.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary mengumumkan inisiatif itu semasa sambutan Hari Jururawat IMH pada Jumaat (30 Jul).

Dr Janil berkata penubuhan unit tersebut sejajar dengan penekanan Kementerian Kesihatan (MOH) terhadap usaha berterusan bagi meningkatkan peranan para jururawat.

Sebanyak 22 anugerah disampaikan kepada para jururawat cemerlang bagi mengiktiraf sumbangan mereka terhadap kerjasama dan jagaan yang disediakan kepada para pesakit.

Dr Janil menambah, para jururawat juga memainkan peranan penting dalam model jagaan pemulihan baru IMH bagi menyediakan pendekatan holistik yang tertumpu kepada pesakit demi menangani keadaan kesihatan mental. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan