Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IMF turunkan ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura kepada 2%

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memotong ramalannya bagi pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2019 daripada 2.3 peratus kepada 2 peratus. Ini diumumkan badan peminjam berpangkalan di Washington itu sedang ketegangan perdagangan sejagat menjejas export Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2019 04:32PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 12:17AM

SINGAPURA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memotong ramalannya bagi pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2019 daripada 2.3 peratus kepada 2 peratus. Ini diumumkan badan peminjam berpangkalan di Washington itu sedang ketegangan perdagangan sejagat menjejas export Singapura.

Ekonomi Singapura tumbuh hanya 0.1 peratus pada suku kedua tahun ini, kadar paling perlahan yang dicatatnya dalam tempoh sedekad, menimbulkan kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi dan pelonggaran dasar kewangan.

"Memandangkan ketegangan perdagangan global, sokongan daripada sektor luar dijangka merosot dan pemacu pertumbuhan mula beralih ke permintaan domestik," menurut IMF.

Risikonya, menurut IMF lagi, sebahagian besarnya bersifat luaran.

Ini termasuklah "keadaan kewangan global yang mengetat, ketegangan perdagangan yang berlarutan" serta pertumbuhan sejagat yang semakin perlahan.

IMF menyatakan pertumbuhan ekonomi Singapura pada jangka masa sederhana akan stabil pada sekitar 2.5 peratus. Badan tersebut menambah unjuran yang dibuat adalah berdasarkan perbincangannya dengan para pegawai Singapura hingga 14 Mei.

Bank pusat Singapura meramalkan ekonomi negara tahun ini tumbuh antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus, berbanding 3.2 peratus pada 2018.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan