Images
  • singpost
    (Gambar: Francine Lim)

IMDA timbang piawai tambahan bagi penghantaran bungkusan, surat berdaftar

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang menimbangkan piawai tambahan bagi penghantaran bungkusan dan surat berdaftar.

Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Sim Ann mendedahkan demikian di parlimen siang tadi, beberapa hari selepas SingPost didenda S$100,000 kerana tidak menghantar surat tepat pada masanya pada 2017.

Pada tahun lalu, SingPost menerima 91 aduan mengenai surat yang dihantar salah atau hilang.

IMDA juga menerima lapan aduan mengenai para pelanggan pos yang menerima notis 'gagal dihantar' meskipun ada orang di rumah.

Tujuh aduan serupa dibuat pada 2017.

Menurut Cik Sim Ann, pihaknya percaya lebih banyak kejadian serupa mungkin tidak dilaporkan dan IMDA akan memberikan tumpuan kepada isu tersebut.

Lebih banyak tindakan daripada IMDA boleh dijangkakan sedang ia menyemak semula prestasi penghantaran surat SingPost dan menyiasat sebarang pencabulan di bawah Akta Khidmat Pos. 

- CNA/AA/na

Top