Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Imam Besar Al Azhar makan malam bersama PM Lee, sampaikan ceramah esok

Imam Besar Al-Azhar di Mesir, Sheikh Dr Ahmed Al Tayyeb diraikan dalam majlis makan malam oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana hari ini (3 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Imam Besar Al Azhar makan malam bersama PM Lee, sampaikan ceramah esok

Imam Besar Universiti Al-Azhar Sheikh Dr Ahmed Al Tayyeb berjabat tangan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 03 May 2018 08:36PM Dikemas Kini : 04 May 2018 05:17PM

SINGAPURA: Imam Besar Al-Azhar di Mesir, Sheikh Dr Ahmed Al Tayyeb diraikan dalam majlis makan malam oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana hari ini (3 Mei).

Sheikh Dr Ahmed Al Tayyeb mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari atas undangan PM Lee.

Pada sebelah petang tadi, Dr Al Tayyeb mengunjungi Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan, RRG di Masjid Khadijah yang dihoskan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman.

Dr Al Tayyeb di Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan, RRG di Masjid Khadijah di Geylang Road. (Gambar: MUIS)

Dr Al Tayyeb di Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan, RRG di Masjid Khadijah. (Gambar: MUIS)

Esok (4 Mei), Imam Sheikh Dr Ahmed Al Tayyeb akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Agama Sebagai Kuasa yang Menyatukan' di Ceramah MUIS 2018.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan