Images
  • enets
    Iklan yang menerima maklum balas online yang negatif menampilkan watak Chew dengan "wajah gelap". (Gambar: AFP/Roslan RAHMAN)

Iklan NETS E-pay tampilkan Dennis Chew tidak langgar Kod Amalan Internet: IMDA

SINGAPURA: Iklan E-Pay menampilkan Dennis Chew tidak melanggar Kod Amalan Internet, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Rabu (14 Ogos) setelah membuat penilaian.

Ia, bagaimanapun, "dilakukan dengan cara tidak menarik dan menyinggung masyarakat-masyarakat minoriti", tambah seorang jurucakap IMDA.

"IMDA mengeluarkan amaran keras kepada pihak-pihak terlibat dalam iklan itu tentang kepentingan memberikan perhatian terhadap kepekaan kaum dan agama.

"IMDA mengharapkan semua syarikat pengiklanan dan penerbit kandungan lain untuk juga menyedari kepekaan tersebut. IMDA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan yang didapati melanggar Kod Amalan dan garis panduan kami," kata jurucakap itu.

Ikan tersebut, yang memaparkan Chew membawakan watak berbilang kaum, menerima bidasan meluas secara online kerana beliau ditampilkan berkulit lebih gelap atau 'brownface' untuk menyerupai seorang lelaki India. Iklan itu juga menampilkan Chew berpakaian seperti seorang wanita Melayu dan wanita Cina.

Pada 1 Ogos, NETS meminta maaf bagi iklan kontroversil itu: "NETS meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung akibat kempen tersebut," menurut firma khidmat kewangan tersebut sambil menambah bahawa tujuan kempen berkenaan adalah untuk "memaklumkan bahawa bayaran secara elektronik adalah untuk semua orang."

Cabang pengurusan selebriti Mediacorp, The Celebrity Agency, serta agensi kreatif yang diambil bagi tujuan pemasaran kempen E-Pay, Havas Worldwide, juga memohon maaf dalam satu kenyataan bersama bagi "sebarang rasa tersinggung yang tidak ia sengajakan itu".

Mediacorp juga menyatakan ia akan meletakkan "pemeriksaan lebih ketat... bagi mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang". Sementara itu, permohonan maaf kedua oleh Havas menyatakan: "Masyarakat berbilang budaya mencerminkan kita sebagai sebuah negara dan kami kesali atas perbuatan kempen itu yang sudahpun menyinggungkan perasaan sesiapa."

Pada 7 Ogos, pelakon dan juruhebah Mediacorp itu memohon maaf atas pelibatannya dalam iklan kontroversil itu dengan mengatakan bahawa ia mengundang "kekecewaan besar".

Pada awal Rabu (14 Ogos) pasangan penghibur adik beradik, Preeti Nair dan Subhas Nair, diberi amaran bersyarat berhubung video rap yang mereka dihasilkan sebagai respons kepada iklan berkenaan.

- CNA/FZ/fz

Top