Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICJ tidak teruskan kes Pedra Branca, batalkan perbicaraan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan hari ini (1 Jun) bahawa Malaysia sudahpun membatalkan permohonannya bagi mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyemak semula pertikaian dengan Singapura berhubung Pedra Branca.

Anggaran Waktu Membaca:
ICJ tidak teruskan kes Pedra Branca, batalkan perbicaraan

Pedra Branca. (Gambar: Calvin Seah)

Diterbitkan : 01 Jun 2018 11:25PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 11:27PM

SINGAPURA: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan hari ini (1 Jun) bahawa Malaysia sudahpun membatalkan permohonannya bagi mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyemak semula pertikaian dengan Singapura berhubung Pedra Branca.

Malaysia "memaklumkan kepada Mahkamah tersebut bahawa pihak-pihak terlibat sudah bersetuju untuk tidak meneruskan perbicaraan bagi kes tersebut" menerusi satu surat Isnin lalu (28 Mei), dedah ICJ.

"Berikutan itu, mahkamah mengarahkan pembatalan itu dicatat menyusuli persetujuan kedua-dua pihak ... yang terbabit dalam perbicaraan yang dimohon oleh Malaysia terhadap Singapura dan juga mengarahkan kes itu diturunkan dari senarai Mahkamah," demikian menurut kenyataan berkenaan.

Dengan itu, perbicaraan dua minggu yang sepatutnya bermula 11 Jun ini, sudahpun dibatalkan, tambah ICJ yang berpangkalan di Hague itu.

Namun, ICJ tidak memberi maklumat lanjut tentang persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan