Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA temui 6,000 karton rokok tanpa cukai dalam mesin permainan dirampas di Tuas

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan hari ini (13 Mac) bahawa pihaknya merampas 6,000 karton rokok yang tidak berbayar cukai tersembunyi di beberapa mesin permainan di sebuah gudang di Tuas Avenue 3.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA temui 6,000 karton rokok tanpa cukai dalam mesin permainan dirampas di Tuas

6,000 karton rokok yang tidak berbayar cukai tersembunyi di beberapa mesin permainan. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 10:54PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 10:56PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan hari ini (13 Mac) bahawa pihaknya merampas 6,000 karton rokok yang tidak berbayar cukai tersembunyi di beberapa mesin permainan di sebuah gudang di Tuas Avenue 3.

Menurut ICA pada hari Isnin (11 Mac) pada kira-kira jam 1.30 tengah hari, para pegawainya melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kontena sepanjang 40 kaki setelah beberapa keganjilan dikesan melalui imej-imej imbasan barangan yang diisytiharkan mengandungi 10 "Mesin Permainan".

Kontena itu sudah disediakan pada awalnya untuk diperiksa di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, para pegawai mendapati mesin-mesin permainan dikunci," menurut ICA dalam satu kenyataan.

"Ini menimbulkan kecurigaan para pegawai dan mereka terus membuka mesin-mesin permainan itu untuk pemeriksaan lebih lanjut."

"Para pegawai mendapati bahagian dalam mesin-mesin permainan itu kosong dan mengandungi rokok-rokok yang tidak berbayar cukai dibungkus dalam beberapa kantung hitam."

Jumlah keseluruhan cukai dan GST yang dielakkan masing-masing sekitar S$512,400 dan S$37,780.

Menurut ICA, kes itu sudah diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut. 

Sumber : CNA/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan