Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA rampas lebih 13,000 karton rokok haram

Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas lebih 13,000 karton rokok di dua lokasi.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA rampas lebih 13,000 karton rokok haram

Rokok yang tidak dibayar cukai dirampas di Pasir Panjang. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 28 Mar 2018 07:27PM Dikemas Kini : 29 Mar 2018 10:31AM

SINGAPURA: Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas lebih 13,000 karton rokok di dua lokasi. Ia disembunyikan dalam sebuah kontena dan di bahagian-bahagian tertentu sebuah bas.

Nilai cukai rokok yang dirampas itu melebihi S$1.4 juta.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (28 Mac), rampasan pertama dibuat di Stesen Imbasan Pasir Panjang pada Khamis (22 Mac) sekitar pukul 8.30 pagi selepas seorang pegawai mengesan keganjilan pada imbasan sebuah kontena yang diisytiharkan sebagai membawa 1,600 pasang kasut dalam 18 palet.

Setelah menjalankan pemeriksaan ke atas kontena sepanjang 20 kaki itu, pegawai berkenaan menemui 10,800 karton rokok yang tidak dibayar cukai. Jumlah keseluruhan duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dielakkan masing-masing sekitar S$1.12 juta dan S$81,410.

Rampasan kedua pula dibuat sekitar pukul 2.50 petang Isnin (26 Mac) setelah sebuah bas dengan plat Singapura, yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 57 tahun, tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Para pegawai ICA menjumpai 2,999 kotak rokok yang tidak dibayar cukai di beberapa bahagian bas - tangga dan juga lantai - yang diubah suai.

Jumlah duti dan GST yang dielakkan adalah sekitar S$294,540 dan $21,410.

Semua rokok tersebut serta pemandu bas berkenaan sudah diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan seumpama itu boleh dirampas.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan