Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA patahkan percubaan seludup 815 burung hidup ke S'pura

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Sabtu (10 Ogos) mematahkan percubaan untuk menyeludup 815 burung melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2019 05:53PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:52PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Sabtu (10 Ogos) mematahkan percubaan untuk menyeludup 815 burung melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Sebuah bas yang berdaftar di Malaysia ditahan untuk menjalani pemeriksaan di pusat itu sekitar pukul 7.00 pagi pada Sabtu (10 Ogos), menurut ICA dan Lembaga Taman Negara dalam satu kenyataan bersama.

Semasa bas itu diperiksa, para pegawai ICA mengesan tanda-tanda bahawa tayar belakang bas itu sudah diubah.

"Rasa curiga mereka semakin meningkat apabila mendengar bunyi kicauan burung dari dalam bas itu," menurut kenyataan media itu lagi.

"Apabila diperiksa dengan teliti, para pegawai menjumpai 15 bekas yang berisi 815 ekor burung di bahagian ruang-ruang yang sudah diubah suai di bahagian atas tayar-tayar belakang bas itu. Jumlah rampasan burung hiasan itu adalah yang terbesar di negara ini dalam masa beberapa tahun ini."

Pemandu bas itu, seorang lelaki warga Malaysia berusia 35 tahun, sudah ditahan dan dirujuk kepada Lembaga Taman Negara (NParks) bagi siasatan lanjut.

Hanya sekitar 600 burung masih hidup dan dijaga serta dikuarantin di pusat kemudahan NParks.

815 burung-burung itu meliputi lima spesis: 10 ekor burung murai jenis 'oriental magpie-robins', 141 ekor burung mata putih (oriental white-eyes), 38 ekor 'white-rumped Shamas', dan 626 ekor 'munias'.

Sesiapa yang mengimport sebarang haiwan tanpa permit boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun.

Selain itu, sesiapa yang didapati bersalah menyebabkan kesakitan atau kesengsaraan terhadap sebarang haiwan boleh didenda sehingga S$15,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara sehingga 18 bulan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan