Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA patahkan percubaan seludup 40 ekor burung hidup ke S'pura

Seorang lelaki ditangkap kerana didapati cuba menyeludup burung-burung hidup ke Singapura pada Jumaat lalu (21 Dis) setelah pihak berkuasa terdengar 'bunyi pelik' daripada keretanya sedang dia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands. 

Anggaran Waktu Membaca:
ICA patahkan percubaan seludup 40 ekor burung hidup ke S'pura

Sejumlah 40 ekor burung ditemui di dalam dua buah kotak di sebuah kereta. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 04:47PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 04:51PM

SINGAPURA: Seorang lelaki ditangkap kerana didapati cuba menyeludup burung-burung hidup ke Singapura pada Jumaat lalu (21 Dis) setelah pihak berkuasa terdengar 'bunyi pelik' daripada keretanya sedang dia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (28 Dis).

Dalam satu catatan Facebook, ICA menyatakan lelaki rakyat Singapura berusia 49 tahun itu memandu sebuah kereta yang didaftar di negara ini apabila diarah berhenti untuk pemeriksaan lanjut.

Semasa pemeriksaan, para pegawai terdengar bunyi-bunyian yang keluar daripada bahagian bawah tempat duduk penumpang di bahagian belakang.

"Apabila mengangkat tempat duduk itu, para pegawai ICA menjumpai dua buah kotak yang mengandungi 40 ekor burung hidup," menurut pihak berkuasa sambil menambah bahawa kes itu sudah diserahkan kepada Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA). Burung-burung tersebut kini berada di bawah jagaan AVA.

"Status kesihatan haiwan-haiwan yang diseludup tidak diketahui dan mungkin memperkenalkan penyakit-penyakit eksotik seperti demam burung ke Singapura," menurut ICA.

Sesiapa yang didapati bersalah menyeludup sebarang haiwan atau burung hidup ke negara ini boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan