Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA lancar laman portal baru bagi permohonan pasport, visa

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melancarkan satu laman portal yang membolehkan pengguna membuat permohonan bagi pasport baru atau kad pengenalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2018 12:48PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 11:04PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melancarkan satu laman portal yang membolehkan pengguna membuat permohonan bagi pasport baru atau kad pengenalan.

Melalui laman itu para pengguna juga boleh membuat permohonan pas lawatan jangka-panjang dan visa masuk untuk kenalan dan saudara-mara.

MyICA dilancarkan pada 27Jun dengan lapan khidmat elektronik menyusuli versi beta yang dikeluarkan dua bulan sebelum itu, menurut ICA dalam kenyataan media hari ini (29 Jun).

Diumumkan pada bulan Mei oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), MyICA merupakan portal di mana para pelanggan boleh mengakses maklumat peribadi mereka dan pelbagai khidmat elektronik ICA.

Versi terkini itu menyediakan tiga khidmat tambahan bagi membolehkan rakyat Singapura menaja pas lawatan jangka panjang, memohon visa masuk bagi saudara-mara dan rakan serta membuat permohonan bagi kemudahan penilaian bagi pas lawatan jangka panjang sebelum berumahtangga.

Lebih banyak e-khidmat akan ditambah secara bertahap-tahap oleh MyICA menjelang hujung tahun ini.

Khidmat-khidmat yang belum dipindahkan ke MyICA masih boleh diakses menerusi laman ICA.

Dengan MyICA, para pengguna hanya perlu menggunakan pengesahan dua faktor (2FA) SingPass mereka sekali saja untuk mengakses khidmat elektronik itu. Mereka juga boleh membuat satu bayaran bagi pelbagai urus niaga itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan