Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA gesa orang ramai jangan sebar maklumat palsu; pusat pemeriksaan darat masih dibuka

Ini adalah hari kedua berturut-turut di mana agensi itu terpaksa menyangkal khabar angin berhubung pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
ICA gesa orang ramai jangan sebar maklumat palsu; pusat pemeriksaan darat masih dibuka

Kenderaan di Koswe.

Diterbitkan : 10 May 2018 04:17AM Dikemas Kini : 10 May 2018 04:25AM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyangkal khabar angin yang mengatakan bahawa pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura dengan Malaysia mungkin ditutup selepas Pakatan Harapan mendakwa bahawa ia sudah memperolehi jumlah kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

"ICA dimaklumkan mengenai maklumat palsu yang disebarkan menerusi kumpulan sembang WhatsApp yang mendakwa bahawa pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura mungkin ditutup," menurut agensi itu melalui satu catatan yang dimuat naik ke laman Facebooknya pada pukul 11.25 malam pada Rabu (9 Mei). "Ini tidak benar." 

Komen-komen tersebut dikeluarkan selepas pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Pakatan Harapan sudah memperolehi sekurang-kurangnya 112 kerusi, cukup untuk membentuk kerajaan seterusnya. 

ICA, dalam kenyataannya pada Rabu, menggesa orang ramai supaya jangan menyebarkan maklumat sedemikian sambil menambah: "Orang ramai juga harus memeriksa sumber-sumber maklumat rasmi seperti laman ICA dan wadah-wadah media sosial bagi mendapatkan maklumat mengenai pusat-pusat pemeriksaan Singapura." 

Ini adalah hari kedua berturut-turut di mana agensi itu terpaksa menyangkal khabar angin berhubung pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura. 

Sumber : Today/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan