Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu pejabat divisyen polis baru mula operasi di Woodlands 25 Nov

Satu ibu pejabat divisyen polis baru akan dibuka di Woodlands pada 25 November bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin ramai di utara, timur laut dan barat Singapura, umum Pasukan Polis Singapura hari ini (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat divisyen polis baru mula operasi di Woodlands 25 Nov

Ibu pejabat divisyen polis baru di Woodlands akan mula beroperasi pada 25 November 2018. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 03:54PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 03:56PM

SINGAPURA: Satu ibu pejabat divisyen polis baru akan dibuka di Woodlands pada 25 November bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin ramai di utara, timur laut dan barat Singapura, umum Pasukan Polis Singapura hari ini (21 Nov).

Terletak di 1 Woodlands Street 12, divisyen itu akan memenuhi terutamanya keperluan para penduduk di estet-estet perumahan baru Punggol dan Tengah.

Pusat Polis Kejiranan (NPC) Woodlands, yang buat masa ini terletak di 9 Marsiling Lane, dan Divisyen Penguatkuasaan Biro Narkotik Pusat (Woodlands) juga akan terletak di tempat yang sama.

NPC Woodlands West adalah salah satu daripada lima NPC di bawah Divisyen Polis Woodlands yang baru ditubuhkan, yang juga merangkumi Woodlands East, Sembawang, Yishun North dan Yishun South.

Kedua-dua NPC Woodlands East dan West sebelum ini di bawah Divisyen Polis Jurong manakala tiga yang lain di bawah divisyen Ang Mo Kio.

Divisyen polis Woodlands akan diterajui Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Leon Chan, 38 tahun.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Komander Divisyen Polis Ang Mo Kio dan penolong pengarah (pembangunan penyelidikan, perancangan dan pembangunan organisasi) Jabatan Siasatan Jenayah. 

Sumber : CNA/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan