Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu didakwa buang bayi dalam tong sampah

Seorang wanita berusia 29 tahun didakwa pada Khamis (30 Jul) kerana meninggalkan anaknya di dalam tong sampah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu didakwa buang bayi dalam tong sampah

Tai Keng Gardens.

Diterbitkan : 30 Jul 2020 07:26PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 07:30PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 29 tahun didakwa pada Khamis (30 Jul) kerana meninggalkan anaknya di dalam tong sampah.

Warga Indonesia itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identitinya dan bayi itu.

Wanita itu dituduh membuang anak lelakinya, yang baru dilahirkan dalam sebuah tong kitar semula di depan 7 Tai Keng Gardens.

Dia dipercayai melakukan demikian pada sekitar pukul 5.00 petang pada 27 Jul, dan dia dituduh berniat untuk meninggalkan bayi lelaki itu.

Jika didapati bersalah mendedahkan bayinya kepada bahaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun, dia boleh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya.

Kes itu ditangguh sehingga 13 Ogos bagi siasatan lanjut dijalankan. Wanita itu ditawar ikat jamin S$20,000.

Menurut polis dalam satu kenyataan pada Rabu, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam tong sampah, pada sekitar pukul 7.50 malam, 27 Jul.

Penemuan itu dibuat lebih dua jam setelah wanita itu didakwa membuang anaknya.

Para pegawai mengenal pasti wanita itu dan memberkasnya dua hari kemudian. Polis sedang menyiasat identiti bapa bayi tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan