Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu dan isteri anggota NS Home Team dapat keanggotaan percuma

Sekitar 30,000 orang ibu dan isteri para anggota kerahan Home Team akan mendapat keanggotaan keluarga selama dua tahun secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu dan isteri anggota NS Home Team dapat keanggotaan percuma
Diterbitkan : 12 May 2019 08:33PM Dikemas Kini : 12 May 2019 08:41PM

SINGAPURA: Sekitar 30,000 orang ibu dan isteri para anggota kerahan Home Team akan mendapat keanggotaan keluarga selama dua tahun secara percuma.

Ia adalah sebagai tanda terima kasih kerana sokongan mereka kepada anggota kerahan.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo melancarkan inisiatif terbaru itu di Hab Tampines Kita (OTH)pada Ahad (12 Mei) sempena Hari Ibu.

Memiliki kad keanggotaan sendiri akan memudahkan lagi para ibu dan isteri anggota kerahan Home Team untuk menggunakan pelbagai kemudahan dan mengikuti program-program di Rumah Kelab HomeTeamNS.

"Kami perhatikan bahawa apabila anggota-anggota datang ke kelab untuk ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, mereka biasanya tidak datang sendirian," kata Cik Teo.

"Itu satu perkara yang baik, dalam erti kata lain, mereka sudahpun mempunyai hasrat untuk melibatkan seluruh anggota keluarga mereka. Jadi kami ingin menjadikannya lebih mudah untuk mereka berbuat demikian."

Tempoh mereka yang sudah menjadi anggota akan dilanjutkan selama dua tahun lagi, manakala yang berminat untuk menjadi anggota boleh membuat permohonan sehingga akhir tahun ini.

Para anggota boleh menjangkakan lebih banyak kegiatan untuk seisi keluarga nanti.

Namun ramai para ibu dan isteri berharap diadakan juga sesi untuk mereka lebih memahami apa yang dijalani suami dan anak mereka semasa latihan.

Salah seorang daripada mereka ialah Cik Shafiyah Sarwan, 58 tahun, yang hadir bersama anaknya Danial Hakim, seorang Inspektor (NS).

"Mungkin HomeTeam boleh adakan perjumpaan ataupun aktiviti–aktiviti yang dapat dilakukan bersama dengan anak-anak kami, para anggota NS supaya kami dapat mengetahui apakah cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam proses pekerjaan mereka seharian," kongsi pengurus pusat penjagaan kanak-kanak itu.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan