Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu bapa pelajar Madrasah Aljunied alu-alukan program diploma IB

Ibu bapa pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah mengalu-alukan pengenalan program diploma International Baccalaureate (IB) di madrasah itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2019 09:06PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:54PM

SINGAPURA: Ibu bapa pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah mengalu-alukan pengenalan program diploma International Baccalaureate (IB) di madrasah itu.

Peluang belajar dalam dua aliran menawarkan subjek ukhrawi dan sekular menjadi tarikan utama program tersebut.

Madrasah Aljunied Al-Islamiah menjadi madrasah pertama menawarkan IB dengan 26 pelajar pra-universitinya memulakan pengajian mereka awal tahun ini.

Sebelum ini, para pelajar pra-universiti Madrasah Aljunied Al-Islamiah hanya mempelajari subjek ukhrawi dan melanjutkan pengajian mereka dalam bidang keagamaan sahaja.

Menerusi program diploma IB ini, para pelajar dapat mengambil subjek-subjek seperti Matematik dan Sains, malah didedahkan kepada isu-isu global termasuk politik dan teori pemikiran.

Namun sesetengah ibu bapa tetap prihatin terhadap beban 18 subjek yang perlu ditanggung anak-anak mereka.

"Saya rasa sangat bersyukur dan gembira kerana bagi saya, ia merupakan satu peluang emas. Hakikatnya, tidak ramai pelajar yang mempunyai, diberikan peluang sebegini, di mana mereka boleh mempelajari dalam kedua-dua aliran secara serentak.Tetapi, program ini juga amat berat bagi para pelajar dari segi beban pelajarannya dan jadi sokongan ibu bapa di rumah sangat penting," kata seorang ibu pelajar IB di madrasah tersebut, Cik Hamidah Jalani.

Program diploma IB bertujuan mencerahkan lagi peluang para pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang-bidang lain selain keagamaan di universiti kelak selain membentuk mereka menjadi bakal asatizah yang peka dengan konteks semasa. 

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan