Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IBM buka peluang pelajar timba kemahiran melalui P-Tech

IBM mengumumkan rancangan untuk membantu menghuraikan masalah kekurangan kemahiran di Singapura menerusi program P-Tech.

Anggaran Waktu Membaca:
IBM buka peluang pelajar timba kemahiran melalui P-Tech

IBM lancar program P-Tech bersama enam institut pengajian tinggi. (Gambar: IBM Singapore/ Facebook)

Diterbitkan : 09 Jul 2018 07:42PM Dikemas Kini : 09 Jul 2018 07:47PM

SINGAPURA: IBM mengumumkan rancangan untuk membantu menghuraikan masalah kekurangan kemahiran di Singapura menerusi program P-Tech.

Syarikat IT tersebut akan bekerjasama dengan kelima-lima politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bagi menyediakan para pelajar peluang untuk pembelajaran di tempat kerja.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara IBM dan institusi-institusi yang terlibat.

Program tersebut akan menyediakan pendedahan awal kepada para pelajar bagi kerjaya dalam bidang Teknologi Infokom, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, atau sektor-sektor STEM.

Sekitar 40 pelajar ITE akan memulakan program itu pada Januari, tahun depan.

Skim itu diharap dapat membantu perkembangan para pelajar ITE untuk ke politeknik serta mendapatkan diploma-diploma teknikal dalam industri-industri yang berkaitan.  

Sumber : CNA/AZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan