Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Huraian baru kurangkan jurang digital mesti manfaat semua lapisan masyarakat

Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran menegaskan lagi peri pentingnya merapatkan jurang digital dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2019 08:19PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 11:09AM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran menegaskan lagi peri pentingnya merapatkan jurang digital dalam masyarakat.

Beliau menambah semua huraian dan inisiatif baru mesti mewujudkan peluang-peluang bukan sahaja bagi golongan atasan tetapi juga masyarakat lainnya.

"Respons kami, dan saya rasa terutamanya untuk kamu sebagai pemimpin-pemimpin muda adalah untuk benar-benar memikirkan dari segi bagaimana kami boleh memanfaatkan (pendigitalan) secara baik, bagaimana kami menangani risiko-risiko yang mungkin hadir dengannya.

"Serta bagaimana kami memastikan kami melakukannya secara inklusif supaya kami membawa bersama seluruh masyarakat dan juga seluruh ekonomi jadi kami memastikan manfaat pendigitalan dikongsi bersama," ujar Encik Iswaran.

Beliau berkata demikian di acara Inisiatif Pemimpin-Pemimpin Muda Hitachi hari ini (9 Jul) yang mengenal pasti dan memupuk potensi golongan muda di Asia.

Tema acara edisi ke-15 tersebut adalah "Pendigitalan bagi Masa Depan Mampan."

Ia disertai 32 belia dari lapan negara Asia yang membincangkan bagaimana teknologi bijak boleh menghasilkan huraian-huraian mampan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi masyarakat di rantau ini. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan