Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan terus diramal pada separuh pertama bulan Mei

Orang ramai boleh menjangkakan cuaca hujan pada awal bulan ini dengan hujan sederhana hingga lebat berserta guruh diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan terus diramal pada separuh pertama bulan Mei

Gambar fail.

Diterbitkan : 02 May 2018 11:36PM Dikemas Kini : 02 May 2018 11:40PM

SINGAPURA: Orang ramai boleh menjangkakan cuaca hujan pada awal bulan ini dengan hujan sederhana hingga lebat berserta guruh diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Dalam satu makluman hari ini (2 Mei), MSS menyatakan bahawa hujan diramalkan berlaku pada sebelah petang antara enam hingga lapan hari pada separuh pertama bulan ini.

"Pada beberapa hari tersebut, hujan berserta guruh mungkin berlaku pada lewat pagi dan berlanjutan hingga sebelah petang," menurut MSS lagi.

MSS juga memberi amaran tentang meningkatnya kejadian kilat yang 'lebih ketara' pada bulan Mei semasa tempoh antara monsun.

Bulan ini juga salah satu bulan yang paling panas tahun ini. Suhu harian bagi tempoh dua minggu ini diramalkan antara 25 darjah Selsius dengan 33 darjah Selsius, menurut MSS. Ia selanjutnya menyatakan bahawa bagi sesetengah hari, suhu maksimum boleh mencecah 35 darjah Selsius pada sebelah petang.
 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan