Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan lebat, ribut diramal bagi 2 minggu terakhir Disember

Hujan lebat dan cuaca ribut diramalkan berlaku sepanjang dua minggu akan datang menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat, ribut diramal bagi 2 minggu terakhir Disember

Gambar fail para pekerja berjalan semasa hujan turun di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 09:42PM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 09:45PM

SINGAPURA: Hujan lebat dan cuaca ribut diramalkan berlaku sepanjang dua minggu akan datang menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru.

Hujan berserta guruh pada sebelah petang dan malam diramalkan melanda sekitar enam hingga lapan hari sepanjang dua minggu terakhir Disember ini. Demikian menurut kenyataan Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (14 Dis).

Tiupan monsun diramalkan sehari dua pada minggu terakhir tahun ini, membawa angin kencang dan ribut petir.

Suhu harian dijangka berada antara 24 hingga 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari, dengan suhu minimum serendah 23 darjah Selsius berserta hujan lebat.

Cuaca sedemikian merupakan sambungan daripada dua minggu pertama Disember, apabila kebanyakan kawasan mengalami hujan berserta guruh pada sebelah petang.

Kadar hujan harian tertinggi, iaitu 73.4 milimeter dicatat dekat Lim Chu Kang pada 5 Disember. Banjir juga dilaporkan di beberapa kawasan dekat Dunearn Road dan Eng Neo Road pada 12 Disember.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan