Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan diramalkan di S'pura bagi 4 hari ini

Cuaca hujan djangka berterusan hingga Jumaat (16 Feb), menurut ramalan empat hari Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MET).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan diramalkan di S'pura bagi 4 hari ini
Diterbitkan : 12 Feb 2018 07:45PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 07:48PM

SINGAPURA: Cuaca hujan djangka berterusan hingga Jumaat (16 Feb), menurut ramalan empat hari Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MET).

Hujan lebat diramalkan petang esok (13 Feb) dengan kelajuan angin mencecah 25 kilometer sejam. Dari Rabu (14 Feb) hingga Jumaat (16 Feb) pula, hujan berserta guruh dijangkakan pada sebelah petang.

Cuaca lebih sejuk juga diramalkan bagi tempoh empat hari akan datang dengan suhu antara 23 darjah Selsius hingga 33 darjah Selsius pada hari Selasa dan Rabu. Suhu antara 24 darjah Selsius hingga 34 darjah Selsius pula diramalkan pada Khamis (15 Feb) dan Jumaat ini.

Ini disebabkan keadaan berangin yang dialami sepanjang hujung minggu lalu.

Pada 1 Februari lalu, Jabatan Kaji Cuaca menyatakan perubahan angin monsun mungkin menjejas Laut China Selatan dan kawasan sekelilingnya pada bahagian awal bulan ini.

"Hujansecara singkat berserta guruh dijangkakan pada sebelah petang pada tiga ataupun lima hari... Keadaan tersebut diramalkan membawa bersamanya keadaan berangin berserta hujan dan cuaca lebih sejuk buat beberapa hari," demikian menurut jabatan tersebut.

Namun, ia tidak menjangkakan jumlah hujan yang banyak.

Singapura mengalami cuaca sejuk paling lama dalam 10 tahun pada bulan lalu, dengan suhu mencecah serendah 21 darjah Selsius. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan