Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan diramal berkurangan jelang minggu kedua Julai

Hujan lebat berserta guruh akan terus membasahi bumi Singapura minggu ini namun cuaca kering dan panas boleh dijangkakan pada minggu kedua Julai, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan diramal berkurangan jelang minggu kedua Julai

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Jul 2019 10:56PM Dikemas Kini : 01 Jul 2019 10:58PM

SINGAPURA: Hujan lebat berserta guruh akan terus membasahi bumi Singapura minggu ini namun cuaca kering dan panas boleh dijangkakan pada minggu kedua Julai, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Jul).

MSS menyatakan keadaan hujan yang sekejap-sekejap boleh dijangkakan pada sebelah pagi dan awal petang selama tiga hingga lima hari minggu ini.

Badai Sumatera juga boleh membawa kepada hujan meluas dan angin kencang pada waktu pagi.

Bagaimanapun, rantau ini mungkin mengalami cuaca kering pada minggu depan sedang hujan monsun beralih dari khatulistiwa.

"Bagi Singapura, hujan pada minggu pertama Julai diramalkan berkurangan dan cuaca kering serta panas dijangkakan pada minggu kedua bulan ini," menurut MSS.

Suhu harian boleh mencecah 35 darjah Selsius untuk sesetengah hari namun ia dijangka berada dalam lingkungan 25 hingga 34 darjah Selsius bagi kebanyakan hari dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Suhu pada sesetengah malam, boleh mencapai paras rendah sekitar 28 darjah Selsius, terutama apabila angin bertiup dari tenggara dan membawa udara panas serta lembap dari laut," jelas MSS.

Ia turut menambah Jun merupakan "bulan yang agak lembap" dengan hujan turun di merata negara antara lewat pagi dengan petang bagi lebih tiga suku bulan itu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan