Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan, cuaca panas diramal pada 2 minggu akan datang

Hujan dan cuaca panas diramal berterusan pada separuh kedua April, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan, cuaca panas diramal pada 2 minggu akan datang
Diterbitkan : 16 Apr 2019 07:41PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 09:27PM

SINGAPURA: Hujan dan cuaca panas diramal berterusan pada separuh kedua April, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (16 Apr).

Ini kerana Singapura dan kawasan sekeliling sedang mengalami musim peralihan monsun, yang dicirikan oleh angin sepoi dan cuaca panas terik.

Hujan renyai-renyai dan hujan lebat jangka pendek diramalkan buat enam hingga lapan hari, antara lewat pagi dengan petang, menurut MSS dalam ramalannya yang dilakukan setiap dua minggu.

Pada satu atau dua hari dalam tempoh berkenaan, kebanyakan kawasan akan mengalami hujan lebat berserta guruh dan angin kencang pada sebelah pagi, disebabkan laluan badai Sumatera.

Suhu harian pada kebanyakan hari diramalkan antara 25 darjah Selsius dengan 34 darjah Selsius, menurut MSS.

Pada sebelah petang beberapa hari pula, suhu harian maksimum boleh mencecah 35 darjah Selsius.

Dalam semakannya bagi keadaan cuaca untuk dua minggu pertama bulan April, MSS menarik perhatian bahawa meskipun hujan pada kebanyakan hari, ada beberapa hari yang "sangat panas", dengan suhu maksimum meningkat melebihi 35 darjah Selsius.

Suhu harian tertinggi 36 darjah Selsius dicatatkan di Admiralty pada 7 April.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan