Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan, cuaca lembab pada sebelah malam dijangkakan bagi 2 minggu pertama Jun

Cuaca lembab dan hujan sepanjang Mei dijangka berterusan pada separuh pertama bulan Jun, menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan, cuaca lembab pada sebelah malam dijangkakan bagi 2 minggu pertama Jun

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Jun 2020 11:17PM Dikemas Kini : 01 Jun 2020 11:20PM

SINGAPURA: Cuaca lembab dan hujan sepanjang Mei dijangka berterusan pada separuh pertama bulan Jun, menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Jun).

"Sepanjang tempoh ini, cuaca diramal panas dengan suhu harian tinggi mencecah sekitar 35 darjah Selsius boleh dijangkakan pada hari-hari tertentu," jelas MSS.

Lebih banyak cuaca panas pada sebelah malam juga boleh dijangkakan pada separuh pertama bulan Jun, berbanding dua minggu terakhir bulan Mei.

Hujan sederhana sekejap-sekejap dan lebat berserta guruh boleh dijangkakan antara lewat pagi dan petang pada kebanyakan hari di beberapa bahagian Singapura.

Hujan lebat dan angin kuat disebabkan oleh ribut Sumatera boleh dijangkakan pada dua atau tiga hari antara waktu subuh dan pagi.

Cuaca bagi separuh pertama Jun dijangka panas bagi kebanyakan hari, dengan suhu harian dalam lingkungan 25 darjah Selsius dengan 34 darjah Selsius dan suhu harian paling tinggi mencecah 35 darjah Selsius pada beberapa hari.

Keadaan panas dan lembab boleh dijangkakan pada sebelah malam hari-hari tertentu dengan suhu mencecah 28 darjah Selsius, disebabkan oleh tiupan angin dari arah tenggara yang meniup udara panas dan lembab dari bahagian laut.

"Secara keseluruhan, jumlah hujan pada dua minggu pertama Jun diramalkan melebihi paras normal di kebanyakan bahagian Singapura," menurut MSS.

Mei merupakan bulan yang panas dengan suhu harian paling tinggi melebihi 34 darjah Selsius pada kebanyakan hari dan mencecah 35 darjah Selsius selama lapan hari.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan