Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan beserta guruh diramal di banyak kawasan petang ini

Hujan lebat diramalkan di banyak kawasan di Singapura petang ini, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya hari ini (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan beserta guruh diramal di banyak kawasan petang ini

Gambar fail.

Diterbitkan : 23 Apr 2018 03:24PM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 03:26PM

SINGAPURA: Hujan lebat diramalkan di banyak kawasan di Singapura petang ini, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya hari ini (23 Apr).

'Angin kencang' juga boleh dijangkakan antara 1.30 tengah hari dengan 3.00 petang, menurut agensi itu lagi.

Agensi air negara, PUB pula memberi amaran bahawa banjir kilat boleh berlaku disebabkan hujan lebat.

Banjir kilat dilaporkan di jalan susur keluar dari Stevens Road menghala ke Balmoral Road, menurut catatan Twitter PUB pada 1.24 tengah hari. Ia menasihati para pemandu supaya mengelakkan kawasan tersebut.

Awal sebelum itu sekitar 1.00 tengah hari, PUB memberi amaran tentang risiko tinggi berlakunya banjir di New Upper Changi Road dan Chai Chee Road.

Semasa memberikan perkembangan terkini setiap dua minggu, Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) turut meramalkan hujan beserta guruh pada sebelah tengah hari dan petang. Ia juga menjangkakan cuaca lebih panas bagi tempoh selama beberapa hari disebabkan keadaan dua monsun.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan