Images
  • hailstone
    Petikan dari video yang menunjukkan ketulan air batu. (Gambar: Michael Wong/ Facebook)

Hujan air batu dilaporkan di Ang Mo Kio, Seletar semasa hujan lebat

SINGAPURA: Fenomena hujan air batu dilaporkan di beberapa kawasan di Singapura petang tadi (30 Jan) di tengah-tengah hujan lebat yang melanda utara negara.

Video yang dimuat naik pengguna media sosial menunjukkan hujan air batu di kawasan seperti Politeknik Nanyang dan Seletar Country Club.


Seorang pengguna Facebook juga dilihat mengutip beberapa ketulan air batu, sebesar hujung jarinya.


(Gambar: Channel NewsAsia/ Facebook)

PUB sebelum itu melaporkan banjir kilat berlaku di sepanjang Seletar North Link. Terdapat juga laporan tentang beberapa pokok tumbang di kawasan itu, termasuk satu insiden yang menyebabkan susur keluar Yio Chu di TPE ditutup.

- CNA/SU/aq

Top