Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan S'pura-Indonesia dalam 'keadaan baik' kata PM Lee

 Hubungan dua hala antara Singapura dengan Indonesia dalam "keadaan baik" kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Retreat Pemimpin antara kedua-dua negara pada Selasa (8 Okt), sambil menambah bahawa hubungan tersebut adalah "mendalam, pelbagai dan progresif".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2019 10:18PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 10:45PM

SINGAPURA: Hubungan dua hala antara Singapura dengan Indonesia dalam "keadaan baik" kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Retreat Pemimpin antara kedua-dua negara pada Selasa (8 Okt), sambil menambah bahawa hubungan tersebut adalah "mendalam, pelbagai dan progresif".

Berucap semasa satu sidang media bersama di Istana, PM Lee berkata bahawa "hubungan cemerlang berlandaskan kepercayaan dan kerjasama" yang dibina dengan Presiden Joko Widodo bermakna bahawa hubungan kedua-dua pihak bertambah baik semasa tempoh pertama Presiden Widodo di pejabat.

"Hubungan dua hala dalam keadaan baik - ia mendalam, pelbagai dan progresif.

"Kami sudah mengecapi begitu banyak bersama-sama semasa tempoh pertama Presiden Jokowi dan saya amat menantikan untuk mengekalkan hubungan positif ini dan meneruskannya sehingga tempoh keduanya," kata PM Lee.

Pemimpin Indonesia itu, yang mesra dipanggil Jokowi, pula berkata: "Ayuh kami terus bekerjasama untuk kemakmuran kedua-dua negara dan rakyat."

Encik Jokowi berada di Singapura untuk lawatan selama dua hari sebagai sebahagian daripada Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia.

Ini adalah Retreat Pemimpin yang ke-4 bagi PM Lee bersama Encik Jokowi dan yang pertama sejak Presiden Indonesia itu menang pilihan raya pada Mei. Beliau akan dilantik secara rasmi selaku Presiden lewat bulan ini. Encik Jokowi ditemani oleh Wanita Pertama Indonesia, Iriana Joko Widodo dan para delegasi daripada Indonesia termasuk para pegawai dan menteri.

Delegasi daripada Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean serta menteri-menteri kabinet yang lain.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan