Images
  • DPM Teo
    Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean. (Gambar fail: Justin Ong)

Hubungan S'pura-China buka banyak peluang kerjasama bagi isu-isu yang perlu ditangan: DPM Teo

SINGAPURA: Hubungan antara Singapura dengan China adalah baik, menurut Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

DPM Teo menambah walaupun berbeza saiz, kedua-dua negara menghadapi isu-isu sama yang perlu ditangani seperti mengubah ekonomi,
melatih semula pekerja dan mengurus keadaan penduduk kian menua.

Beliau berkata demikian kepada pihak media di Yan'an pada hari terakhir lawatannya ke China hari ini (15 Apr).

Lawatan DPM Teo selama enam hari meliputi beberapa wilayah dan bandar China. Ia memberi peluang untuk beliau bertemu dengan kawan-kawan lama, menjalin hubungan baru dan meninjau lagi peluang-peluang kerjasama.

Salah satu peluang kerjasama tersebut adalah penubuhan sebuah majlis dua hala di Shanghai bagi meluaskan hubungan antara Singapura dengan bandar China itu.

Encik Teo berkata lawatan beliau turut memberi peluang kepada para pemimpin generasi baru Singapura untuk bertemu pemimpin-pemimpin China.

Menurut DPM Teo lagi, menerusi lawatan ke tempat-tempat seperti Yan'an yang disifatkan sebagai tempat penting Parti Komunis China, membolehkan para pemimpin Singapura lebih memahami tentang China dan hala tuju negara tersebut.

Lantas, ini membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dengan lebih rapat.

Tahun depan, hubungan rasmi Singapura dengan China genap berusia 30 tahun. Namun, hubungan dua hala sudah terjalin dengan amat baik selama 40 tahun sejak China melakukan pembaharuan. 

- CNA/NF/fz

Top