Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan rapat antara PAP, NTUC diteruskan kepimpinan 4G: DPM Heng Swee Keat

"Hubungan rapat bersifat simbiotik" antara parti pemerintah PAP dengan Kongres Kesatuan Pekerja Kebangsaan (NTUC) akan terus dilanjutkan di bawah para pemimpin generasi keempat (4G) dan seterusnya, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Rabu (1 Mei) di Rapat Hari Buruh.

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan rapat antara PAP, NTUC diteruskan kepimpinan 4G: DPM Heng Swee Keat

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menyampaikan ucapan pada Hari Buruh 2019.

Diterbitkan : 01 May 2019 01:11PM Dikemas Kini : 01 May 2019 01:14PM

SINGAPURA: "Hubungan rapat bersifat simbiotik" antara parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Kongres Kesatuan Pekerja Kebangsaan (NTUC) akan terus dilanjutkan di bawah para pemimpin generasi keempat (4G) dan seterusnya, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Rabu (1 Mei) di Rapat Hari Buruh.

Berucap di hadapan sekitar 1,600 hadirin termasuk pemimpin kesatuan dan rakan perikatan tiga pihak, Encik Heng berkata hubungan rapat antara gerakan buruh dan PAP bermula beberapa dekad lalu. Beliau menyifatkan gerakan buruh sebagai "rakan kerja terpenting" PAP sejak era selepas peperangan.

"Para pemimpin 4G membesar sambil melihat bagaimana hubungan kerja antara PAP dengan kesatuan-kesatuan memanfaatkan warga Singapura," katanya. "Kami semua dalam pasukan 4G terlibat dalam gerakan buruh menerusi mana-mana cara yang mungkin."

Ini merupakan ucapan pertama Encik Heng sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini juga kali pertama seorang timbalan perdana menteri menyampaikan ucaptama di Rapat Hari Buruh sejak 2003, apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong ketika itu menyampaikan ucapan sebagai seorang DPM.

"Hari ini adalah kali pertama saya berucap di hadapan anda sebagai generasi pemimpin PAP seterusnya," kata Encik Heng yang juga merupakan Menteri Kewangan. "Hari ini saya memperbaharui ikrar dibuat Encik Lee (Kuan Yew) di Seminar Pemodenan 50 tahun lalu, dan diperbaharui setiap perdana menteri sejak itu."

Seminar Pemodenan pada 1969 menandakan keputusan gerakan buruh untuk beralih dari pendekatan konfrontasi kepada kerjasama. Perdana Menteri ketika itu Encik Lee Kuan Yew telah menimbulkan persoalan tentang kesannya terhadap Singapura jika gerakan buruh ditiadakan di Singapura.

Encik Lee ketika itu berkata ada pandangan di satu pihak bahawa adalah lebih baik jika kesatuan buruh tidak wujud dalam proses pengindustrian pesat sebuah negara yang sedang membangun, namun Singapura tidak sepatutnya membuat pilihan tersebut.

Matlamat Singapura bukan setakat pengindustrian: Pembangunan masyarakat adalah sama penting dengan pembangunan negara, katanya ketika itu.

"Kita tidak mahu para pekerja mengikut telunjuk, bersikap berserah diri kepada penyelia sama juga penyelia kepada majikan semata-mata untuk gaji dan pangkat mereka dinaikkan," kata Encik Heng yang menukil Encik Lee. "Untuk terus makmur sebagai sebuah negara dan masyarakat terbilang kita perlu menjadi orang-orang yang berbangga dan berdaya bingkas, jika tidak kita gagal."

"Anda tidak boleh berbangga atau berdaya bingkas jika anda tidak ada harga diri."

Mengesahkan komitmen Pemerintah kepada gerakan buruh, Encik Heng berkata NTUC mengiktiraf harga diri setiap pekerja di Singapura.

"Gerakan menjamin hak seseorang memiliki maruah diri, maruah sebagai manusia, sebagai warga negara," katanya.

Encik Heng berkata NTUC menyokong PAP kerana PAP pro-rakyat, dan "menyokong" kesatuan-kesatuan. Pada masa yang sama, PAP menghargai hubungannya dengan NTUC kerana NTUC menyokong para pekerja.

"Ia kekal komited terhadap kehormatan diri setiap pekerja lelaki dan wanita dan percaya bahawa tujuan pembangunan ekonomi adalah untuk memperbaiki kehidupan seluruh tenaga kerja," katanya. "Kita menyasarkan pertumbuhan, agar dapat memperbaiki kehidupan setiap warga Singapura.

"Gerakan buruh boleh terus yakin bahawa PAP tidak akan pernah mengabaikan pekerja."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan