Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan dengan majikan sebab utama pembantu rumah asing ingin terus bekerja di sini

Hubungan antara pembantu rumah asing dengan majikan mereka adalah sebab utama sama ada mereka ingin terus bekerja di sini ataupun tidak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2019 08:14PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 08:37PM

SINGAPURA: Hubungan antara pembantu rumah asing dengan majikan mereka adalah sebab utama sama ada mereka ingin terus bekerja di sini ataupun tidak.

Ini menurut satu kajian yang dijalankan Pusat bagi Pembantu Rumah (CDE).

CDE menyatakan adalah penting bagi para majikan dan pembantu rumah untuk menjalin hubungan yang baik dan ia akan meningkatkan lagi khidmat-khidmat pengantaraan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.

Cik Siti Rodiyah, 35 tahun, sudah bekerja di Singapura sebagai seorang pembantu rumah selama sembilan tahun.

Meskipun beliau dan majikannya, Cik Ibrizi Ishak mempunyai hubungan yang baik, pada mulanya amat sukar kerana masalah menyesuaikan diri dengan budaya yang lain apabila beliau pertama kali ke sini.

"Cara hidup di sini berbeza kerana di kampung, saya tidur awal. Di sini, saya tidur lewat. Jadi saya sangat penat," kata Cik Rodiyah.

"Jadi saya perlu memastikan yang dia sentiasa ada masa lapang dan kita selalu komunikasi di mana saya akan berbual-bual dengan dia dan ingin tahu apakah masalah-masalah yang dia hadapi selalu di rumah supaya saya dapat meringkankan masalah dia," ujar Cik Ibrizi Ishak.

Cik Siti dan majikannya antara pekerja yang diraikan oleh CDE kerana mempunyai hubungan baik semasa satu acara menyambut Hari Pekerja Antarabangsa.

Kajian yang dilakukan CDE mendapati, terdapat sebilangan pembantu rumah yang tidak menghadapi nasib yang sama.

Pusat ini melakukan kajian rambang terhadap 30 pembantu antara Julai tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Namun, tidak semua pembantu menghadapi nasib serupa.

Dalam satu kajian rambang tahun lalu, CDE mendapati, dua di antara tiga bertukar-tukar majikan dalam tempoh dua tahun.

Antara faktornya termasuk masalah bahasa, kekurangan kebajikan dan kesepadanan kemahiran

"Dengan ini CDE akan terus untuk berusaha untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti hari ini dimana kita boleh mengeratkan lagi antara pembantu-pembantu rumah kita supaya ia menjadi hubungan yang erat dan berkekalan," kata Encik Shamsul Kamar, Pengarah Eksekutif (CDE).

Pusat itu juga berharap untuk menjalankan satu lagi kajian terhadap para majikan untuk lebih memahami situasi itu.

Ia turut menggesa para majikan supaya memahami dan memberi pembantu mereka ruang untuk sesuaikan diri di sekitaran baru. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan