Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Huawei lancar model Mate 30 Pro, Mate 30; lebih 200 pembeli beratur semalaman

Lebih 200 orang sanggup beratur di Singapura sejak malam semalam (15 Nov) untuk menjadi antara yang pertama mendapatkan telefon bimbit terbaru syarikat Huawei iaitu Mate 30 Pro dan Mate 30.

Anggaran Waktu Membaca:
Huawei lancar model Mate 30 Pro, Mate 30; lebih 200 pembeli beratur semalaman
Diterbitkan : 16 Nov 2019 06:07PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 06:09PM

SINGAPURA: Lebih 200 orang sanggup beratur di Singapura sejak malam semalam (15 Nov) untuk menjadi antara yang pertama mendapatkan telefon bimbit terbaru syarikat Huawei iaitu Mate 30 Pro dan Mate 30.

Model-model tersebut merupakan telefon baru Huawei yang tidak mempunyai sebarang bahan keluaran syarikat-syarikat Amerika seperti Google.

Ini menyusuli sekatan dagangan Washington ke atas Huawei sejak Mei lalu.

Dalam perkembangan yang positif, Amerika Syarikat dijangka melanjutkan kebenaran lagi enam bulan bagi syarikat-syarikat negaranya untuk terus berurus niaga dengan Huawei.

Kemungkinan itu dilaporkan dalam akhbar New York Times dan jika menjadi kenyataan, akan menjadi lanjutan kedua tarikh tamat tempoh yang dijadualkan pada Isnin ini (18 Nov).

Pelanjutan tersebut dijangka memanfaatkan sejumlah syarikat telekomunikasi Amerika yang bergantung kepada peralatan Huawei.

Namun, pelanjutan itu tidak merangkumi pengeluar semi konduktor seperti Intel, Qualcomm dan Micron - yang membekalkan cip mikro kepada firma-firma China.

Walau apapun, Huawei menyatakan ia sudahpun bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar bagi menghasilkan aplikasi dan sofwe sendiri.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan