Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA rampas ubat batuk haram bernilai S$40,000 dari flat HDB Sin Ming

Pihak berkuasa merampas ubat batuk dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan yang dianggarkan bernilai sekitar S$40,000 di Geylang Road dan dari sebuah flat HDB di Sin Ming pada Khamis (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Sep 2018 12:50PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 09:01PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa merampas ubat batuk dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan yang dianggarkan bernilai sekitar S$40,000 di Geylang Road dan dari sebuah flat HDB di Sin Ming pada Khamis (6 Sep).

Para pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan polis divisyen Bedok merampas lebih 100 liter ubat batuk dan 1,400 pil pelbagai ubat dalam satu operasi penguatkuasaan, menurut kenyataan HSA pada Jumaat.

Lelaki Cina berusia 57 tahun ditangkap kerana membekalkan ubat batuk yang tidak diluluskan di Geylang Road. Lelaki tersebut juga didapati menjual ubat tidur dan ubat ubat penghilang kesakitan, menurut HSA lagi.

Lelaki tersebut kemudian membawa para pegawai HSA ke rumahnya di Sin Ming Road, di mana lebih banyak ubat haram ditemui.

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut menggunakan dapurnya untuk menghasilkan dan membekalkannya kepada penjaja jalanan.

Seorang lagi lelaki Cina berusia 42 tahun ditahan kerana disyaki terlibat membekalkan ubat-ubatan yang tidak diluluskan, menurut kenyataan HSA lagi.

Kedua-dua lelaki berkenaan sedang membantu HSA dalam siasatan berhubung pengimportan, penghasilan dan pembekalan ubat-ubatan itu.

Sesiapa yang ditangkap kerana mengimport, menghasilkan dan/atau membekalkan produk kesihatan yang tidak diluluskan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga S$50,000, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai dinasihati supaya melaporkan sebarang kegiatan haram melibatkan ubat batuk kepada Cawangan Penguatkuasaan HSA di talian 6866-3485 semasa waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau menerusi emel hsa_is [at] hsa.gov.sg.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan