Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA perlu lebih banyak maklumat tentang vaksin Sinovac sebelum luluskannya

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sudah mengemukakan "permintaan tambahan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat" mengenai vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China dan masih menyelesaikan semakannya terhadap vaksin itu.

Anggaran Waktu Membaca:
HSA perlu lebih banyak maklumat tentang vaksin Sinovac sebelum luluskannya

Picagari yang mengandungi vaksin Sinovac. (Gambar fail: Athit Perawongmetha/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Sep 2021 08:28PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 08:32PM

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sudah mengemukakan "permintaan tambahan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat" mengenai vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China dan masih menyelesaikan semakannya terhadap vaksin itu.

Demikian menurut pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Kenneth Mak pada Jumaat (17 Sep) semasa sidang media jawatankuasa bertindak berbilang kementerian bagi COVID-19.

Katanya lagi, selepas selesai menjalankan semakan itu, HSA akan mengusulkan saranannya sama ada vaksin Sinovac boleh diluluskan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).

Prof Madya Mak berkata demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan yang meminta kemas kini proses semakan HSA ke atas vaksin Sinovac kerana sudah "lebih dua bulan" sejak pihak berkuasa memperolehi maklumat tambahan yang dimintanya.

HSA memberitahu Mediacorp pada Mac bahawa pihaknya sudah mula mengkaji data mengenai vaksin Sinovac, namun masih memerlukan lebih banyak maklumat untuk menentukan sama ada vaksin tersebut boleh "memenuhi piawai yang ditetapkan bagi mutu, keselamatan dan keberkesanan" untuk mendapatkan kelulusan di bawah PSAR.

Hanya vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna diluluskan di Singapura di bawah PSAR. Vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna adalah vaksin mRNA, sementara vaksin Sinovac pula menggunakan virus yang tidak aktif.

Kedua-dua vaksin mRNA digunakan dalam program vaksinasi negara.

Pada Jun, penggunaan vaksin Sinovac diluluskan di Singapura di bawah Laluan Akses Khas (SAR) yang berbeza setelah diluluskan untuk kegunaan darurat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

SAR membolehkan institusi-institusi kesihatan swasta untuk membawa masuk vaksin COVID-19 yang tidak berdaftar. Vaksin-vaksin itu mestilah dalam senarai kegunaan darurat WHO dan ia termasuk vaksin yang dihasilkan Johnson & Johnson, AstraZeneca dan Sinopharm.

Sinovac menyatakan pada Rabu bahawa ia akan membekalkan Singapura dengan lagi 101,000 dos vaksinnya.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pada Jumaat bahawa stok baru Sinovac dijangka tiba di Singapura sekitar Isnin depan sebelum diedarkan kepada klinik-klinik.

"Kami masih menaruh harapan agar selepas HSA menyelesaikan prosesnya, kami mungkin dapat menjangkakan HSA akan membuat keputusan yang tegas dan membayangkan kepada kami sama ada kelulusan PSAR boleh diberikan kepada vaksin Sinovac," kata Prof Madya Mak.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan