Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HSA menilai data awal vaksin COVID-19 diserahkan Moderna bagi kegunaan di S'pura

Ini memastikan Singapura mempunyai "akses awal kepada produk kesihatan penting untuk menangani pandemik COVID-19", tambah HSA.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2020 05:15PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 08:55PM

SINGAPURA: Firma bioteknologi Moderna sudah menyerahkan data awal calon vaksin COVID-19 kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sebagai sebahagian daripada proses untuk menilai kesesuaian penggunaannya di Singapura.

Syarikat itu "akan terus menyerahkan data sebaik saja ada" seperti dipersetujui dengan pihak berkuasa, kata seorang jurucakap HSA hari ini (2 Dis) dalam responsnya kepada soalan Mediacorp.

HSA menambah bahawa pihaknya sudah mula menilai data yang diserahkan Moderna bagi memastikan "semakan dipercepat".

Kelmarin, Moderna mengumumkan bahawa ia akan "meneruskan" pelaksanaan proses semakan berterusan untuk mendapat keizinan daripada HSA.

Ini menyusuli hasil kajian peringkat akhir Fasa 3 vaksin itu yang mendapati vaksin berkenaan 94.1 peratus berkesan melawan COVID-19 dan 100 peratus berkesan dalam mencegah kes teruk.

Proses semakan atau permohonan berterusan membolehkan syarikat menyerahkan data masa nyata daripada kajian vaksin sedang ia dijalankan dan semakan kawalan dijalankan pada masa yang sama.

Ini memastikan Singapura mempunyai "akses awal kepada produk kesihatan penting untuk menangani pandemik COVID-19", tambah HSA.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan