Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HPB bentang garis panduan pilihan makanan sihat dalam makanan untuk derma

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengeluarkan senarai garis panduan baru bagi membantu badan-badan amal dan penderma-penderma secara individu untuk memilih produk lebih sihat untuk didermakan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
HPB bentang garis panduan pilihan makanan sihat dalam makanan untuk derma

(Gambar: Food from the Heart)

Diterbitkan : 23 Apr 2018 10:57PM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 10:59PM

SINGAPURA: Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengeluarkan senarai garis panduan baru bagi membantu badan-badan amal dan penderma-penderma secara individu untuk memilih produk lebih sihat untuk didermakan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Antara saranannya termasuk memastikan sekurang-kurangnya satu produk yang diderma merupakan makanan yang digolongkan dalam lima kumpulan makanan utama.

Sekurang-kurangnya satu makanan dari setiap kumpulan makanan juga harus mempunyai simbol pilihan lebih sihat. Pek habuan makanan yang memenuhi garis panduan HPB akan menerima pengesahan pilihan lebih sihat HPB.

Habuan makanan daripada pertubuhan bukan mencari keuntungan, 'Food from the Heart', merupakan pertubuhan pertama yang menerima pengesahan HPB hari ini (23 Apr) kerana memenuhi garis panduannya. Pertubuhan itu memperbaharui program 'School Goodie Bag' yang dijalankan sejak 2003, untuk menyertai pilihan-pilihan makanan lebih sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan itu, Encik Kwa Eng Kiat berkata pembaharuan itu dijalankan selepas mereka membuat tinjauan dan mendapati bahawa mereka boleh melakukan sesuatu dari segi kandungan nurtisi makanan yang diberikan.

Beliau, bagaimanapun, mengatakan bahawa garis panduan HPB susah untuk dilaksanakan meskipun ia akan membantu penderma sepertinya.

"Sangat sukar bagi kami untuk memasukkan pilihan makanan lebih sihat dalam habuan makanan kerana pilihan seperti itu lazimnya lebih mahal," tambah beliau.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan