Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital tunda prosedur, janji temu tidak penting untuk bantu tangani virus Wuhan

Sebilangan hospital awam di Singapura menjadualkan semula prosedur-prosedur dan janji temu klinik pesakit luar yang tidak penting bagi membantu menangani penularan virus korona Wuhan di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Hospital tunda prosedur, janji temu tidak penting untuk bantu tangani virus Wuhan

Notis-notis pengumuman di Hospital Tan Tock Seng. (Gambar: Nadarajan Rajendran/TODAY)

Diterbitkan : 30 Jan 2020 11:31AM Dikemas Kini : 30 Jan 2020 11:34AM

SINGAPURA: Sebilangan hospital awam di Singapura menjadualkan semula prosedur-prosedur dan janji temu klinik pesakit luar yang tidak penting bagi membantu menangani penularan virus korona Wuhan di negara ini.

SingHealth iaitu kelompok terbesar institusi-institusi jagaan kesihatan di Singapura, menyatakan dalam jawapannya kepada pertanyaan Mediacorp semalam (29 Jan) bahawa ia sedang mengurangkan jumlah prosedur dan janji temu pesakit luar yang tidak penting bagi mengurangkan lawatan sedemikian dan risiko dijangkiti virus.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi perkhidmatan klinik dan perubatan, Profesor Fong Kok Yong berkata: “Jadual semula prosedur dan janji temu hanya bagi kes-kes tidak penting yang diniliai oleh pasukan-pasukan klinikal kali dan hanya jika ia dianggap selamat untuk ditunda buat sementara waktu."

Beliau menegaskan bahawa jagaan klinikal para pesakit “tidak terjejas sama sekali”.

Profesor Fong turut berkata bahawa institusi-insitusi jagaan kesihatan sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan sudah mengetatkan langkah-langkah untuk menangani virus korona yang mula dikesan diWuhan, China.

Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang beroperasi di bawah National Healthcare Group dan di mana Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) ditempatkan turut akan menjadualkan semula janji temu pesakit luar dan prosedur-prosedur pembedahan tidak penting.

"Ini akan membolehkan kami untuk mempertingkatkan sokongan kepada NCID di mana pengimbasan dan pengurusan kes virus korona kian meningkat," menurut catatan Facebook TTSH semalam.

Pihak hospital juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pesakit yang terjejas. Namun ia menambah: "Ia adalah langkah yang perlu diambil dalam usaha kami terhadap situasi yang kian berubah-ubah dan demi melindungi masayarakat."

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan