Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital Ng Teng Fong cipta kotak pelindung baru COVID-19 bagi pekerja kesihatan

Hospital Ng Teng Fong berjaya mencipta kotak pelindung baru untuk melindungi pekerja kesihatan daripada dijangkiti COVID-19 semasa melakukan prosedur penjanaan aerosol yang berisiko tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Aug 2020 08:01PM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 12:38AM

SINGAPURA: Hospital Ng Teng Fong berjaya mencipta kotak pelindung baru untuk melindungi pekerja kesihatan daripada dijangkiti COVID-19 semasa melakukan prosedur penjanaan aerosol yang berisiko tinggi.

Hasil kerjasama pasukan kesihatan Hospital Ng Teng Fong dengan penyelidik dari Politeknik Ngee Ann, Unit Pembendungan Bio-Aerosol (BCU) itu juga meningkatkan perlindungan bagi pesakit.

Beberapa prosedur boleh menyebabkan pesakit batuk dan menyebarkan titisan cecairnya.

Misalnya, apabila tiub dimasukkan ke dalam tekak pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menerusi penggunaan BCU, risiko penularan penyakit dapat dikurangkan manakala keselesaan pesakit pula dapat ditingkatkan.

Ada tiga versi BCU yang boleh ditanggalkan dan berbeza saiz serta kegunaannya.

Ada versi untuk diletak pada katil-katil di Unit Jagaan Rapi (ICU), satu lagi untuk katil troli mengalihkan pesakit dan satu lagi untuk intubasi ketika kecemasan.

Udara yang tercemar dari dalam kotak BCU juga di keluarkan melalui injap, seperti pelindung-pelindung lain.

BCU turut membantu pasukan bertindak pertama menjimatkan masa ketika kecemasan kerana tidak perlu memakai Alat Pernafasan Pembersih Udara Berkuasa Elektrik (PAPR) sebelum memasuki ICU untuk merawat pesakit.

Sebaliknya, mereka hanya perlu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE)

Hospital ini berharap ia dapat berkongsi prototaip BCU dengan hospital-hospital yang lain di sini. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan