Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital KK harap tambah jumlah penghantaran ubat kepada 1,000 dengan adanya piawai baru

 Piawai baru bagi penghantaran ubat akan memberi lebih ramai pesakit ketenangan fikiran bahawa ubat mereka akan tiba dengan selamat dan tepat pada masanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2019 04:39PM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 10:45PM

SINGAPURA: Piawai baru bagi penghantaran ubat akan memberi lebih ramai pesakit ketenangan fikiran bahawa ubat mereka akan tiba dengan selamat dan tepat pada masanya.

Ini sekali gus menjimatkan mereka masa daripada berulang alik ke hospital, agar mereka boleh memberi tumpuan kepada pengurusan kesihatan dari keselesaan rumah mereka.

Abdul Muhammad Danial, 10 tahun dilahirkan dengan masalah katarak kongenital.

Dia mengalami sindrom Lowe- satu keadaan genetik yang menjejas mata dan otaknya.

Bagi meringankan keadaannya, Danial perlukan sejumlah ubat termasuk ubat tambahan natrium fosfat.

Oleh kerana ubat itu tidak boleh disimpan lama, ibu bapanya perlu menokok bekalan setiap empat minggu sejak 10 tahun lalu.

Ini bermakna bapanya perlu berkunjung ke Hospital KK dari rumahnya di Choa Chu Kang setiap bulan untuk mengambil ubat.

Bagaimanapun sejak Jun lalu keluarga itu menggunakan khidmat penghantaran ubat secara percuma.

"Jadi untuk saya pergi ambil ubat itu sendiri perlukan masa tiga jam. Jadi dengan penghantaran ubat ini, menjimatkan masa tiga jam itu. Macam-macam saya boleh buat. Saya boleh meluangkan masa bersama keluarga atau buat apa yang perlu patut pada pagi Sabtu.

Lagipun khidmat penghantaran ini tidak perlukan hujung minggu. Hari biasa pun boleh," kata bapa Danial, Encik Azman Abdul Jalil.

Piawai baru itu juga memastikan mutu khidmat yang lebih baik termasuk pembungkusan yang memastikan ubat terlindung daripada cahaya matahari.

Kotak-kotak khas juga disediakan bagi jenis ubat yang perlu disimpan pada suhu rendah.

Hospital KK kini menerima sekitar 270 preskripsi sebulan bagi khidmat penghantaran ubat.

Ia berharap untuk menambah jumlah tersebut kepada sekitar 1,000 dengan adanya piawai baru itu. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan