Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hospital Alexandra beri fokus kes bukan kecemasan berkaitan warga tua

Hospital Alexandra yang baru dinaik taraf akan hanya melakukan kes-kes pembedahan bukan kecemasan; menjadikannya hospital awam pertama di Singapura melakukan demikian bagi memberi tumpuan kepada lebih banyak permintaan bagi prosedur berkaitan dengan warga tua.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2019 11:29PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 11:35PM

SINGAPURA: Hospital Alexandra yang baru dinaik taraf akan hanya melakukan kes-kes pembedahan bukan kecemasan; menjadikannya hospital awam pertama di Singapura melakukan demikian bagi memberi tumpuan kepada lebih banyak permintaan bagi prosedur berkaitan dengan warga tua.

Antaranya pembedahan katarak, hilang pendengaran dan mengganti tempurung lutut.

Kes-kes pembedahan akut atau kecemasan pula akan dirujuk ke Hospital Universiti Nasional (NUH), yang juga dalam kelompok kesihatan yang sama.

Pusat pakar dan bilik-bilik bedah Hospital Alexandra yang baru sudah mula beroperasi sejak bulan lalu.

Ia mempunyai enam bilik bedah dan boleh melakukan kira-kira 600 pembedahan bukan kecemasan setiap bulan.

Hospital Alexandra merancang untuk mempunyai 12 lagi bilik bedah menjelang tahun 2026. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan