Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hormati masa guru: MOE umumkan garis panduan kerjasama sekolah-ibu bapa

Kementerian Pendidikan (MOE) mengeluarkan garis panduan bagi membantu ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah, dalam menggalak anak-anak lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2019 10:33PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 10:38PM

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) mengeluarkan garis panduan bagi membantu ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah, dalam menggalak anak-anak lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Garis panduan itu termasuk cara menyediakan rutin dan persekitaran rumah yang baik.

Ibu bapa juga digalakkan menghormati waktu kerja para guru dengan hanya menghubungi mereka semasa waktu pejabat.

Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan garis panduan MOE itu di Sekolah Rendah Yu Neng, hari ini (16 Feb).

Dr Faishal berkata: "Terdapat banyak perkara menjangkaui gred akademik. Misalnya, kemahiran urus diri dan mengambil tanggungjawab. Dunia berubah dengan pesat, anda perlu pantas dan fleksibel serta berdaya bingkas untuk meraih peluang yang ada dan menghadapi cabaran".

PANDUAN DITERIMA BAIK PENDIDIK

Cik Zuraida Akbar, seorang pendidik dengan pengalaman selama 16 tahun, mengalu-alukan panduan tersebut. Beliau berkongsi, terdapat sebilangan ibu bapa yang terlalu bergantung kepada para guru untuk mendapatkan maklumat.

Beliau menggalak murid memainkan peranan aktif dengan memastikan arahan ditulis dengan jelas di papan putih untuk disalin dan dibawa pulang kepada ibu bapa.

"Kami berinteraksi dengan ibu bapa secara kerap dan menerusi ini kami menekankan kami (pihak pendidik) juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pada masa yang sama, kami mahu mengasuh anak-anak supaya belajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka," kata beliau.

Menurut MOE meskipun panduan-panduan itu bukan sesuatu yang baru, inilah kali pertama kementerian itu mengeluarkan garis panduan yang jelas berikutan penglibatan ibu bapa yang kian meningkat.

Tambahnya, garis panduan itu juga bertujuan menyediakan sokongan lebih baik kepada ibu bapa dan pelajar berikutan perubahan seperti kurang penekanan pada gred.

Garis panduan itu dilakarkan hasil rundingan bersama pihak sekolah dan ibu bapa.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan