Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hong Kong sukar gerak maju kecuali dialog dipulihkan, kata Chan Chun Sing

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata keadaan di Hong Kong telah meningkat ke paras kehancuran dan adalah sukar untuk bergerak maju kecuali keamanan dipulihkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 08:34PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:57PM

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata keadaan di Hong Kong telah meningkat ke paras kehancuran dan adalah sukar untuk bergerak maju kecuali keamanan dipulihkan.

Beliau memberitahu para wartawan, ada pengajaran yang boleh ditimba oleh rakyat Singapura daripada keadaan di Hong Kong, seperti mempunyai sistem politik yang berfungsi dengan baik, dasar-dasar jangka panjang yang baik serta perpaduan sosial.

"Kejayaan berterusan Hong Kong sebagai sebuah hab ekonomi dan kewangan adalah penting bagi rantau ini dan dunia, termasuk Singapura.

"Keadaan sekarang berada di paras kehancuran. Kecuali keamanan dipulihkan, dialog disambung semula dan tindakan membina diambil, akan berlaku perdebatan yang besar mengenai masa depan Hong Kong dan kemampanan model pemerintahan yang ada sekarang," kata Encik Chan.

Beliau menarik perhatian keganasan yang semakin buruk di Hong Kong menghancurkan masyarakatnya, dan keadaan sedemikian tidak boleh berlaku di sebuah negara kecil seperti Singapura.

Sebaliknya beliau menggesa semua lapisan masyarakat supaya mengadakan dialog dan mengambil tindakan membina dalam menghadapi konflik.

Inilah sahaja satu cara untuk bertakad dan berkembang maju dalam dunia yang bergolak, katanya.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan