Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HIV bukan "hukuman mati', salah tanggapannya perlu diperbetulkan

Sering kali apabila isu HIV dibicarakan, pasti ada yang menganggapnya seperti satu "hukuman mati".

Anggaran Waktu Membaca:
HIV bukan "hukuman mati', salah tanggapannya perlu diperbetulkan

(Gambar fail: Noah Seelam/AFP)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 12:30PM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 12:32PM

SINGAPURA: Sering kali apabila isu HIV dibicarakan, pasti ada yang menganggapnya seperti satu "hukuman mati".

Pada Isnin (28 Jan), status positif-HIV 14,200 orang di Singapura dibocorkan secara online oleh seorang warga Amerika Syarikat, Mikhy Farrera Brochez, sehingga mengakibatkan ramai membuat spekulasi tentang bagaimana virus itu boleh dijangkiti.

Berikut beberapa tanggapan salah tentang HIV:

MITOS 1: HIV HANYA DIJANGKITI MELALUI SEKS

HIV boleh dijangkiti apabila seseorang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang positif-HIV, tanpa mengambil langkah berjaga-jaga. Namun, ia juga boleh dijangkiti melalui cara lain. Misalnya, cairan badan seperti darah dan susu badan juga boleh mengakibatkan seseorang dijangkiti HIV.

Ini bermakna virus tersebut boleh dijangkiti apabila seseorang berkongsi jarum, mendapat derma darah yang dicemari atau daripada seorang ibu positif-HIV kepada anaknya semasa tempoh kehamilan, kelahiran atau semasa menyusukan.

HIV tidak akan dijangkiti jika penghidap menyentuh orang lain kerana virus itu tidak dapat bertahan lama di luar tubuh manusia.

MITOS 2: HIV MUDAH DIJANGKITI

Meskipun tiada penawar bagi HIV, virus ini boleh dikawal.

Mereka yang berstatus positif-HIV boleh mengambil ubat untuk mengekang penularan virus itu dalam tubuh mereka. Mengambil gabungan ubat-ubatan boleh mengurangkan jumlah virus dalam darah dan cairan tubuh.

Ini mengurangkan risiko seseorang dijangkiti HIV daripada pasangan mereka.

Sebelum terkena jangkitan HIV, ubat-ubatan ini boleh digunakan untuk mencegah jangkitan jika seseorang mengesyaki dirinya terdedah kepada virus itu. Namun, ia perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas pendedahan kepada HIV.

MITOS 3: HIV=AIDS

Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) disebabkan oleh HIV, tetapi ia merujuk kepada tahap akhir jangkitan HIV. AIDS berlalu jika virus menjejas sistem daya tahan tubuh.

Sedang HIV memusnahkan sel darah putih yang penting bagi tubuh untuk melawan jangkitan, ia boleh bertukar menjadi AIDS.

Namun, virus HIV boleh mengambil masa sehingga 10 tahun sebelum menjadi AIDS. Itupun, tidak semua pesakit HIV yang bakal menghidap AIDS.

MITOS 4: HIV DIJANGKITI MELALUI HUBUNGAN SEKS SESAMA JENIS

Menurut portal HealthHub Kementerian Kesihatan, 90 peratus jangkitan HIV di Singapura berlaku melalui hubungan seks, tetapi 60 peratus jangkitan ini berlaku daripada hubungan seks berlainan jantina (heteroseks).

Daripada jumlah penduduk Singapura yang menghidap HIV/AIDS antara 1985 dengan 2017, 4,439 dijangkiti virus tersebut melalui hubungan hetroseks, berbanding 2,557 yang dijangkiti melalui hubungan seks sesama jenis.

MITOS 5: HIV IBARAT HUKUMAN MATI

Tidak, itu tidak benar.

Meskipun benar HIV tidak boleh diubati, rawatan perubatan yang kian canggih masa kini mampu membantu pesakit terus hidup lebih lama dan sihat berbanding pada awal 1980-an.

Dengan rawatan canggih, jangka hayat dan taraf kehidupan pesakit HIV lebih baik dan sejajar dengan seseorang yang tidak menghidapi penyakit itu, menurut Action for Aids, kumpulan penyokong yang berpangkalan di Singapura.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan