Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HIP II dijangka beri lebih keyakinan kepada penduduk, kata Zaqy Mohd

Program Peningkatan Rumah (HIP) II, yang membolehkan flat-flat HDB menjalani pusingan kedua bagi kerja-kerja naik taraf apabila mencecah usia 60 hingga 70 tahun, dijangka memberi keyakinan kepada para penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2018 09:14PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 09:19PM

SINGAPURA: Program Peningkatan Rumah (HIP) II, yang membolehkan flat-flat HDB menjalani pusingan kedua bagi kerja-kerja naik taraf apabila mencecah usia 60 hingga 70 tahun, dijangka memberi keyakinan kepada para penduduk.

Ini menurut Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.

Encik Zaqy berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (19 Ogos).

Sekitar 230,000 flat HDB dari pelbagai estet termasuk Pasir Ris dan Yishun kini layak untuk menjalani kerja naik taraf, di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP).

Dalam ucapannya, PM Lee mengumumkan bahawa program itu diperluas bagi melayakkan flat-flat yang dibina sebelum 1997. Terdahulu dari itu, hanya flat dibina sebelum 1986 yang layak.

Program yang diberi nama HIP II itu adalah bagi flat HDB yang berusia antara 60 hingga 70 tahun. Ini bermakna setiap flat HDB boleh menjalani peningkatan sebanyak dua kali sepanjang tempoh pajakan.

Meskipun sebilangan flat HDB menunjukkan tanda-tanda bertambah tua, ia mungkin belum layak untuk menjalani program HIP.

Program itu bertujuan untuk mengenal pasti dan menaik taraf flat-flat lama.

"Saya tahu ramai penduduk HDB di flat-flat lebih baru ini juga mengharapkan kerja-kerja naik taraf. Di estet-estet seperti Yishun, Tampines dan Jurong, ada flat-flat yang dibina sebelum dan selepas 1986 dan para penduduk memikirkan mengapa blok bersebelahan dinaik taraf tetapi blok mereka tidak pula," kata PM Lee sambil menarik perhatian bahawa nilai flat selalunya naik selepas menjalani kerja naik taraf.

HIP II akan dilancarkan dalam masa 10 tahun akan datang apabila kelompok pertama flat HDB mencecah 60 hingga 70 tahun.

Encik Zaqy berkata: "Jadi saya rasa ini mungkin memberi lebih keyakinan bagi mereka bahawa selain daripada pemerintah mencuba menjaga atau memelihara nilai flat-flat mereka, pada masa yang sama, mereka juga mempunyai pilihan untuk menambahkan wang."

Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, pula berkata: "Jadi, dalam masa 10 tahun, 20 tahun yang akan datang, pakej-pakej yang baru ini, suatu yang di mana rakyat kita yang tinggal di flat-flat HDB boleh dapat membuat perancangan awal tentang apa yang harus mereka buat dengan rumah mereka, bagaimana mereka akan berpandangan ke hadapan untuk tempat tinggal mereka dan sebagainya."

Sejak dilancarkan sedekad lalu, lebih $1.9 bilion sudah dibelanjakan bagi kerja naik taraf flat-flat lama. 

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan