Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hidrogen sumber pembakar S'pura pada masa depan?

Singapura mahu meluaskan penggunaan gas hidrogen, sumber tenaga yang menghasilkan air dan bukan karbon dioksida apabila dibakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2019 07:18PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:28PM

SINGAPURA: Singapura mahu meluaskan penggunaan gas hidrogen, sumber tenaga yang menghasilkan air dan bukan karbon dioksida apabila dibakar.

Ia adalah salah satu cara bahan yang terhasil akibat pembakaran dapat dikurangkan bagi menangani perubahan iklim.

Perbincangan awam sedang dijalankan namun pakar-pakar berkata cabarannya adalah menyimpan gas hidrogen kerana ia perlu disimpan dalam tekanan yang tinggi atau pada suhu sangat rendah.

Para pengkaji dari NUS sedang mencari cara untuk menyimpan gas hidrogen dalam bentuk pepejal. Jika berjaya, kajian mereka mampu merintis jalan bagi penggunaan hidrogen yang meluas di Singapura.

Gas hidrogen disifatkan sebagai mesra alam. Ketumpatannya yang rendah bermakna ia perlu dipadatkan dan disimpan dalam tangki-tangki atau diproses dengan cara lain.

Bagaimanapun, cara konvensional tidak begitu cekap dan memerlukan ruang simpanan yang besar.

Buat masa ini, gas hidrogen sebahagian besarnya digunakan dalam industri petrokimia.

Namun, pemerintah sedang menilai kemungkinan menggunakannya sebagai sumber pembakar.

Pakar-pakar mengatakan Singapura boleh mengimport dari Malaysia menggunakan rangkaian paip yang sedia ada atau dikirim melalui kapal dari Australia.

Selain itu, mereka juga percaya Singapura perlu memikirkan bagaimana ia mahu menggunakan gas hidrogen itu kerana ia melibatkan pelaburan bagi infrastrukturnya. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan